PENGENALAN TAJWID

Tajwid dari segi bahasa bermaksud melakukan sesuatu dengan elok iaitu  yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syara', tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
    Ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat Al-Quran. Sesungguhnya, para Ulama' menyatakan bahawa hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardu Kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-quran adalah fardu Ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.
         Sesungguhnya, apabila seseorang itu membaca al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. Sekalipun semasa membaca al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca al-Quran yang tidak wajib seperti dalam solat) al-Quran itu wajib dibaca dengan bertajwid sebagaimana yang diturunkan tanpa membuat perubahan dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh merubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri. Sebagaimana sabda Nabi Muhammmad S.A.W. :

رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه
Maksudnya : Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya .


           Al-Quran dan Sunnah juga merupakan pegangan dan panduan jalan yang lurus bagi umat Islam, maka sesungguhnya pembacaan ayat suci al-Quran adalah amat penting dalam kehidupan seharian bagi umat Islam manakala Sunnah Rasul adalah sebagai penerangan terhadap hukum-hukum Allah. Dengan itu penjagaan dan pembacaan tajwid yang betul adalah sangat penting supaya maksud bacaan tidak terpesong daripada makna yang sebenar.

Sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Muzammil : ayat 4 seperti berikut :


Bermaksud : Bacalah al-Quran dengan bertartil ( memelihara hukum tajwid ) .

Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda :




Bermaksud : Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata : Rasulullah s.w.a berkata : Rasulullah s.w.a bersabda : ' Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya'.




No comments:

Post a Comment